Apa ini penamatnya ?
Apa ini noktahnya ?
Apa ini pengakhirannya ?
Apa ini kesudahannya ?
Apa ini yang dinamakan perpisahan ? . . .
jujur aku tak mampu hadapi semua ini.
jujur aku tak mampu berdiri sendiri tanpa mereka
jujur aku tak mampu . . .
pada dasarnya semua dengan haluan masing masing.tidak kenal antara lainnya.tapi hanya dengan paduan suara yang bergema . . .
kami tertambat.
kami terikat.
kami bersama . . .
kalini biar aku bicarakan semuanya. . .
setahun perkenalan tak cukup bagi aku melepaskan mereka begitu saja.masih segar semua kenangan memori suka duka dan menjadi sebahagian dari hidup aku.sungguh aku tak mampu.dikala aku aku susah.kau hulurkan tangan.dikala aku jatuh.kau bangunkan aku dan masih mampu bisikan pada ku bahwa aku lah wira.dikala aku berduka kau masih senyum ketawa menghibur hati yang lara..dan dikala aku sunyi kau datang dengan dakapan mesra serta nyanyian membelai jiwa..aku rindu aku rindu takkan ku lupakan semua itu.takkan.
antara mereka aku paling bongsu.aku rasa aku paling bertuah kot.sebab diberi keutamaan.haha.yeye aku mengaku aku manja.kuat merajuk.haha tapi aku maseh rasa macam aku ni takdiperlukan antara dorang.hmm.untuk pertama kali mereka dedahkan kat aku pasal nasyid.jujur aku tak minat nasyid pada mulanya.sebab aku ingat nasyid standard nya macam sekolah rendah tu.mmg membosankan.haha.tapi bila pergi TPM hah.baru kau tahu scope nye seluas mana.memang best.tapi bukan itu yang aku nak cerita .
kau tahu sejak aku kenal mereka mereka ni semua.hidup aku tahun ni jarang kesunyian macam tahun tahun sebelumnya.sekarang dah ade orang boleh cakap kat aku ... " weyh pojan jom lepak "."weh pojan jom jamming"."weh pojan kenape ni ? "."weyh pojan kau kat mana ".sungguh aku terharu.sebelum aku kenal mereka semua tak pernah aku rasa aku diterima orang lain.
hmm.aku masih ingat bila aku dan mereka stay dekat bilik kesihatan sekolah selama seminggu untuk latihan pertandingan nasyid.aku masih ingat.masa tu lah kau kenal mereka.bak kata orang tidur sebantal makan sepinggan. dari situ je dah boleh tahu tabiat2 pelik mereka mereka niyh.yang tidur berharmoni nya ,haha.aku ingat .makan sama sama.melalak sama sama.mandi sama sama. haha.aku ingat.masih aku ingat bila kau jerit."pojan minta sabun".kau buat aku senyum.aku ingat bila kau tepuk aku sampai aku tertido.aku ingat.aku ingat cara kau kejot kan aku.aku ingat.aku ingat bila kau nyanyi lagu raya.dan kejot kitorang cakap "bangun bangun sembahyang raya " haha.aku ingat.aku ingat bila kau nak tercirit kau kata " pojan teman aku.tunggu aku" haha.aku ingat bila kau luahkan masalah kau sampai kau menangis teresak esak.aku ingat.aku ingat bila kau buat muka tiap kali kau gaduh dengan awek kau.aku ingat bila kau peluk aku tiap kali sedih.aku ingat semua nasihat kau tiap kali aku dalam masalah.aku ingat.
aku ingat bila kau tolong seterika kan baju nasyid aku.aku ingat bila kau tolong pakaikan sampin untuk aku.haha maaf aku tak pandai pakai sampin.aku ingat bila suapkan aku makan.aku ingat bila aku tertidor atas bahu kau.aku ingat senyuman kau.aku ingat pandangan kau.aku ingat tenungan kau walau menakutkan aku hingga kau gelak berdekah dekah.aku ingat bila kau menyanyi dengan kain pelikat tuh.aku ingat.
Muhammad Amar bin Mohamed Salihen
aku masih ingat bila kau senyum.aku masih ingat bila kau gelak terguling guling kat atas lantai.aku masih ingat tenungan tuh.aku masih ingat nasihat kau.inspirasi kau.mutiara kata kau.aku masih ingat bila kau tepuk bahu aku tanda sabar.aku masih ingat kau layan aku macam budak kecik tiap kali aku sedih. aku masih bila kau peluk aku tanda sayang dan ambil berat.aku masih ingat lagat kau yang buat aku ketawa.aku masih ingat maki hamun kau.INGAT SANGAT .haha.aku masih ingat bila kau pakaikan aku sampin.aku masih ingat tunjuk ajar kau.aku masih ingat bila kau sanggup datang jauh malam malam semata mata untuk ajar aku.aku ingat.
Muhammad Asyraf bin Openg
aku masih ingat lawak kau.aku masih ingat bila kau seterika baju.aku masih ingat bila kau kejutkn aku dengan gaya kau.haha.aku masih ingat bila kau kata kau risau bila aku sedih.aku masih ingat semua cerita cerita kau.aku masih ingat nasihat kau.aku masih ingat bila kau tarik muka.aku masih ingat tiap kali kau salah buat third voice.aku masih ingat.
Amirul Syazni bin Jamil
aku masih ingat nasihat nasihat cinta kau.aku masih ingat semua gebang kau yang bila aku ingat buat aku ketawa.aku masih ingat bila kau belikan aku coklat blackforest tiap kali aku merajuk.aku masih ingat pujukan kau tiap kali aku merajuk.aku masih ingat betapa kau betul betul ambil berat terhadap aku . aku masih ingat kau sanggup hantar aku pergi balik setiap hari waktu nasyid .aku terharu sangat.aku masih ingat bila kau belanja aku.aku masih ingat bila tiap kali kata kata kau buat aku menangis.aku ingat.
Syazwan Fareez
aku masih ingat bila kau luahkan masalah kau kat aku.aku masih ingat tiap kali kau peluk aku.aku masih ingat tiap kali kau tidurkan aku.aku masih ingat bila kau buat aku macam anak patung.aku masih ingat bila kau panggil aku adik.aku masih ingat tiap kali aku makan kau mesti nak suap aku.haha.aku ingat.
Muhammad Norasyraf bin Mokhtar,Muhammad Fikri
aku masih ingat lagat korang yang dari dulu sampai sekarang tak pernah berhenti nak sakat orang.time makan,aku ingat tiap kali aku nak makan kau loyakan tekak aku dengan bende benda yang sumpah jijik weyh.time mandi,aku ingat tiap kali nak mandi aku ketakutan sebab aku taw kau mesti dajal aku time mandi.maklum lah pintu tandas tu mudah alih.hahaha.aku ingat tiap kali aku nak tidur.kau mesti kacau aku.dan kesudahannya kita semua tak tidur sebab bunyi cangkul wak tuh.haha.aku masih ingat bila fikri tidur dengan helmet sebab semua bantal aku kebas.aku masih ingat bila acap tak dapat tidur bila wan dengan fikri tidur sambil buat harmoni haha.aku ingat.
kau tahu aku sayang mereka ni sangat sangat.mereka ada tiap kali aku senang dan alhamdulillah cuba ada bila aku susah.tiap aku titiskan air mata pasti mereka jua yang kesatkan.tiap kali aku terluka pasti mereka menjadi penawar.tiap kali aku ketinggalan pasti mereka yang memimpin dan menunggu.tiap kali aku kebingungan pasti mereka yang beri penyelesaian.dan tiap kali aku duka.pasti mereka yang menjadi penghibur.aku beruntung punya abang seperti mereka.aku beruntung kerana masih sempat merasai kasih sayang seorang abang malah kasih sayang bukan hanya dari seorang abang.aku beruntung.tapi...akhir akhir ini..mereka punya keutamaan yang lebih penting.mereka punya insan yang lebih disayangi dan menyayangi.tak apa lah..asalkan mereka bahagia .walau tiapkali mereka ketawa.aku pasti tersisih.tak apalah.aku tidak layak semua itu.kau tahu.aku banyak susahkan mereka sebelum ini.selama ini mereka banyak bersabar dengan aku.jadi tidak hairan kalau sekarang aku tidak lagi diperlukan.aku tahu bergunung salah aku dengan mereka.aku tahu sudah berbeban aku susahkan mereka.aku tahu sudah banyak luka yang aku hiris di hati mereka.aku tahu itu..aku senang bila lihat semua abang abang aku ketawa ceria tiap kali mereka dihiburkan oleh adek mereka.aku bersyukur.aku berterima kasih.kerna pabila saatnya perpisahan hampir tiba.alhamdulillah ada yang sempat menggembirakan mereka.terima kasih.aku tidak mampu semua itu.walau aku pasti tiap kali semua itu berlaku ..mereka kian jauh dari aku.aku tahu itu.tapi aku sanggup korban itu.untuk mereka.
kau tahu tiapkali aku merasakan begitu.tiap kali aku tersisih aku hanya mampu bergantung pada 2 insan yang aku gelar kakak.
Nabila Fatin
aku bersyukur dapat kenal dia.tiap kali aku disisihkan.dia tiupkan semangat dan harapan.sentiasa senyum walau beribu jarum derita menusuk dihati.itu beri aku semangat.itu beri aku inspirasi.dia tabah dia cekal.dia masih punya kekuatan untuk mengukir senyumnya.walau dia tewas dengan air mata tiap kali malam purnama bertandang.tak jemu beri aku ilmu walau aku tahu aku tidak jauhari.terima kasih kak.
Saidatul Nuratieka binti Azman
terima kasih untuk segalanya.terima kasih sebab dia selalu ada tiap kali aku susa.selalu cuba untuk selesaikan masalah aku tiap kali semua itu jadi tegang.selalu tenangkan aku tiap kali aku gelisah.terima kasih.aku masih ingat tiap kali aku disisihkan dia cuba untuk ada.tiupkan pada ku kesabaran.terima kasih.
huh.bila difikirkan balik semua kenangan dengan mereka mereka kat atas ni.aku lah orang paling bahagia dalam dunia ni.aku beruntung dapat abang kakak macam mereka.bila sedih .kau lah wira.bila suka kau lah badutnya haha..maaf.kau tahu tak tahun ni mood nak bercuti dicantas dengan kesedihan ni.argh persetan kau.aku masih tak faham mengapa semua orang yang aku perlukan .semua orang yang aku sayang pasti.wajib akan tinggalkan aku. kenapa ? kenapa mesti aku orang nya ? korang aku mohon tolong jangan angkat kaki korang ...aku mohon lepas ni takda siapa nak kesat air mata aku bila aku menangis.takda siapa nak hiburkan aku bila aku duka.takda siapa nak peluk aku tika aku kesunyian.tiada siapa nak hulurkan tangan tika aku jatuh.tolong aku mohon.
AKU SAYANG KORANG SEMUA . KORANG SEMUA JANGAN LUPAKAN AKU YEA :)
2 comments:
assalamualaikum,,nice entry.awak tahu tak,awak bertuah sebab dapat kenaland bercampur gaul dengan mereka.saya selalu perhatikan kamu semua,,dan punyai harapan suatu hari nanti dapat join korang,,dari jauh terselah keakraban,harmoni,persahabatan korang..saya hanya memerhatikan kamu semua dari jauh,,sebab saya tahu,saya x kan dapat merasai semua tu.sudah tentu2 saya x kan dapat rasakannya..alhamdulillah,awak dapat merasakannya,'jangan sesekali jadi kacang yang lupakan kulit~:)
_menanti pelangi_
w'salam.terima kasih.ya saya memang bertuah.dulu saya pun macam kamu juga.hanya memerhati dari jauh.dan saya bersyukur berpeluang mengenali mereka semua.dan insyaALLAH saya takkan lupakan mereka.
tapi.bolehkan saya tahu siapa gerangannya menanti pelangi ini ? satu sekolah dengan kami ke ?
Post a Comment